Thursday, June 16, 2011

Hari Rawatan Komplementari

Satu tugasan yang Leech Miracle bg kt aku untuk tujuan memperkenalkan terapi lintah ni kt orang ramai. Jadi aku menganjurkan Hari Rawatan Komplementari ni, dengan menggabungkan beberapa rawatan-rawatan alternatif yang wujud. asalnye Leech Miracle bg cadangan suh buat hari terapi lintah. tp aku pkr tkot xde sambutan sangat. lagipon topik hari 2 pon da bunyi cam scary.. lintah..yucks.. so aku bg la cadanagn aku sndiri..wt hari rawatan komplementari ni..

so hari rawatan komplementari ni akan berlangsung pada 25 Jun 2011, hari Sabtu, bermula jam 10.00 pg hingga 5.00 ptg, bertempat di dewan perumahan pantai permai, blok d, perumahan pantai permai.. depan kedai ayam golek, blakang petronas.. sape2 yg biasa area pantai dalam ni, tau kot dewan ni ktne..

antara rawatan atau pameran yg ad ms 2 ialah terapi lintah, terapi aura & gelombang, refleksologi, minuman kesihatan tricajus, minyak sapu jerslin power oil n hydrotherapy..ni antara perubatan-perubatan alternatif yang berminat utk join kitorg..so sape2 yg berminat nk tau sal rawatan2 ni ke, nk cube ke, nk tgk2 je ke..blh lah datang pada hari tu nanti k..

stakat ni je la dlu utk hari ni..nnt ad ms aku tambah lg info sal Hari Rawatan komplementari ni.. harap kepada sape2 pembaca yang singgah disini, bolehlah tolong2 hebahkan kt kawan2, n paling penting, jemput datang ye.hehe

salam..

Tuesday, March 1, 2011

Cukai Jalan

da beberapa minggu naik motor xde roadtax..harini br g bayar.. nasib ler sepanjang roadtax mati, polis x tahan walaupun lalu roadblock..pasni rasa nk lalu je depan polis 2 3 kali, nk suh jgk polis tahan..hahaha.. gurau²..

wassalam..

Tuesday, February 22, 2011

Festival Seni UM 2011

Klo x silap arini kot stat FESENI UM..best of luck utk semua yg masuk bertanding..x amik tau sangat sbb biasa pon aku amik tau sal dikir je..dikir FESENI taun ni pada 4hb 3..ad 6 group sume masuk.. 1st B vs 12th B, 1st A vs 9th, 7th vs 12th A.. so same2 la kite nantikannya.. malam ni Tarian Cina n India kot.. sape2 yg nk tgk, g la.. hehehe
Wassalam..

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Aku bukanlah seorang yang suka menaip atau pandai menulis.. tetapi terdetik hati mlm ni utk menaip dalam blog yg aku sendiri pon sudah lama x bukak..hari ni msk mlm pertama dlm bulan puasa utk tahun 2010..so nk text ckit pasal hidup aku dlm bulan pose taun ni..

Malam ni, kebetulan aku solat maghrib di blk budak2 dikir kolej 12.. then diorg ajk aku g solat terawih kt Ar-rahman.. sampai kt sana, dpt rasa betapa tenangnye bulan pose ni walaupun br mlm 1st.. pas isyak, waktu nak terawih.. aku mula teringat kt sepupu aku yg dok sebelah umah 2.. biasa klo kt kampung, aku g solat ngan die.. mgkin raye nnt br jumpa die.. bia je la.. selepas 4 rakaat, ad ckit tazkirah.. aku mula fikir yg sebelum ni, pernah x aku terawih cukup 1 bln.. klo penah pon time skolah dlu.. 2 pon sbb kna paksa ngan cikgu.. then bile blk umah, cm syg lak nk tinggal 2 3 hr je lg.. haha.. InsyaAllah tahun ni akan diusahakan supaya cukup sebulan.. cm azam br a ckit.. hehe.. 1 benda lg.. bacaan dr imam 2 kadang2 membawa aku blk ke zaman kanak2.. teringat hidup kt kelantan dlu sblm knal Bandaraya.. xnk cite pape la psl ni.. ad ms aku sambung.. nk tido.. bgn sahur plak.. wassalam..

Thursday, March 25, 2010

Aku dan Dikir Barat

Meminati seni ini sejak kecil. Mula berkecimpung semenjak berusia 10 tahun, menjadi Tok Jogho kepada Kumpulan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Chabang Empat.
Berjinak-jinak dengan alat muzik dikir semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Machang. Menjadi Tukang Karut sekolah pada tahun 2003 dan 2004. Johan peringkat daerah seterusnya ke peringkat PPD tetapi tewas pada peringkat negeri Kelantan. Pernah membuat persembahan di sekitar Kelantan dan pernah menjadi Duta kecil Malaysia ke Thailand sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Kedutaan Malaysia (Consulat Jeneral) di Songkhla. Membuat persembahan di serata 4 wilayah selatan Thai dan pertama kali muncul dalam televisyen iaitu TV11 Yala pada september 2003.
Menubuhkan Pasukan Dikir Makmur di Kolej Matrikulasi Pahang dan menjadi pemain rebana ibu.
Mula menjadi Awak-awak apabila bersama kumpulan Basa Diwana mewakili Universiti Malaya semasa Pertandingan Dikir Barat IPTA MAKUM 2006 (JOHAN). Naib Johan pada tahun berikutnya (2007). Berguru dengan Halim Yazid. 3 tahun berturut-turut menjadi johan Festival Seni Universiti Malaya (2006-2008) bersama kumpulan Suara Muda Sri 7. Mendapat jemputan di serata Lembah Klang. Mula menjadi penggiat seni ini di Lembah Klang dan berkenalan dengan tokoh-tokoh dikir barat. Memenangi beberapa Pertandingan Terbuka Lembah Klang. Pernah muncul dalam rancangan Salam Pantai Timur TV1, Malaysia Hari Ini TV3, Nasi Lemak Kopi O TV9, dan AC? ASTRO RIA.
Sekarang menjadi Pengajar Sambilan di beberapa buah sekolah menengah, kolej-kolej kediaman di UM dan persatuan-persatuan dikir barat di sekitar Lembah Klang. Juga sering menjadi rujukan pelajar-pelajar kebudayaan dan pelajar-pelajar dikir barat.