Thursday, March 25, 2010

Aku dan Dikir Barat

Meminati seni ini sejak kecil. Mula berkecimpung semenjak berusia 10 tahun, menjadi Tok Jogho kepada Kumpulan Dikir Barat Sekolah Kebangsaan Chabang Empat.
Berjinak-jinak dengan alat muzik dikir semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Machang. Menjadi Tukang Karut sekolah pada tahun 2003 dan 2004. Johan peringkat daerah seterusnya ke peringkat PPD tetapi tewas pada peringkat negeri Kelantan. Pernah membuat persembahan di sekitar Kelantan dan pernah menjadi Duta kecil Malaysia ke Thailand sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Kedutaan Malaysia (Consulat Jeneral) di Songkhla. Membuat persembahan di serata 4 wilayah selatan Thai dan pertama kali muncul dalam televisyen iaitu TV11 Yala pada september 2003.
Menubuhkan Pasukan Dikir Makmur di Kolej Matrikulasi Pahang dan menjadi pemain rebana ibu.
Mula menjadi Awak-awak apabila bersama kumpulan Basa Diwana mewakili Universiti Malaya semasa Pertandingan Dikir Barat IPTA MAKUM 2006 (JOHAN). Naib Johan pada tahun berikutnya (2007). Berguru dengan Halim Yazid. 3 tahun berturut-turut menjadi johan Festival Seni Universiti Malaya (2006-2008) bersama kumpulan Suara Muda Sri 7. Mendapat jemputan di serata Lembah Klang. Mula menjadi penggiat seni ini di Lembah Klang dan berkenalan dengan tokoh-tokoh dikir barat. Memenangi beberapa Pertandingan Terbuka Lembah Klang. Pernah muncul dalam rancangan Salam Pantai Timur TV1, Malaysia Hari Ini TV3, Nasi Lemak Kopi O TV9, dan AC? ASTRO RIA.
Sekarang menjadi Pengajar Sambilan di beberapa buah sekolah menengah, kolej-kolej kediaman di UM dan persatuan-persatuan dikir barat di sekitar Lembah Klang. Juga sering menjadi rujukan pelajar-pelajar kebudayaan dan pelajar-pelajar dikir barat.

3 bisik - bisik:

D-zack said...

sebelum bulan puasa ni last show kt SACC, dinner OYLM.. sepanjang bulan puasa ni aku rasa xde kot show dikir barat..so xde benda lg la yg nk ditaipkan..tp klo ad rezeki 2, ad la..hehe.. wassalam..

D-zack said...

hujung tahun lalu mmg banyak show..tp x sempat nk masuk cni..latest adalah semalam, kt Slow Rock Cafe, K13, UPM.. group Putraseni campur ngan 3 4 org student UM.. friendly ngn group UPM.. wah, dikir pon ad friendly ek? hahha..

D-zack said...

sejak bulan lalu, hampir setiap minggu aku terlibat ngan show group putraseni..yang terbarunya ialah majlis menyambut menantu Dato Mustafa Mohamad..wt kt hotel Sunway Resort..rezeki aku dalam dikir ni masih ad nampaknya..Alhandulillah..hehehe